Salam~ kepada pengunjung KAYHOMESTAY.COM. Disini kami ingin berkongsi pengalaman tentang aktiviti harian kami di Ipoh. Kepada pengunjung dan keluarga yang ingin bercuti di Ipoh, terdapat pelbagai tempat-tempat beriadah yang menarik dan pemandangan yang menyegarkan, kerana Ipoh dikelilingi oleh gunung dan bukit. Sekiranya pada musim tidak sibuk seperti selepas cuti sekolah, kami biasanya akan bersenam di ECOPARK di Taman Botani, taman ini sangat berhampiran dengan homestay SURIA & MARGOSA, kurang dari 500 meter sahaja.
Taman ini baru saja dibuka pada tahun 2011 dan menjadi lokasi untuk bersenam serta pengambaran untuk gambar pengantin. ECOPARK mempunyai tasik yang besar serta kawasan lapang sesuai untuk bersantai dan memberi ikan-ikan makan. Ramai pengunjung yang datang pada waktu petang bersama anak-anak dan membawa roti untuk memberi ikan makan. ECOPARK ini menjadi antara lokasi terbaik bagi kami untuk beriadah. Kami sarankan kepada pengunjung homestay kami untuk melihat keindahan ECOPARK, diharap tips atau cadangan ini diterima baik, sekiranya anda mempunyai cadangan tentang apa-apa sahaja tentang IPOH yang anda rasa menarik sila komen di bawah. Terima Kasih.
Hala tuju ke ECOPARK di Taman Botani Ipoh,
- Selepas TOL SIMPANG PULAI, trafik light pertama belok ke KANAN kemudian terus sahaja.
- Cari papan tanda TAMAN BOTANI & belok KIRI,
- Selepas trafik light pertama belok KIRI.
No comments:
Post a Comment