Sunday, December 23, 2012

Homestay ke Cameron Highland 75km sahaja

Salam~ kepada pengunjung laman web kayhomestay.com. Di sini saya ingin berkongsi pendapat tentang pelancong-pelancong yang ingin bercuti ke Ipoh. Dahulu sekiranya anda ingin ke Cameron Highland, jalan yang ada hanya dari Tapah. Jalan ini agak merbahaya serta sempit. Kini jalan baru menghubungkan Simpang Pulai ke Gua Musang Kelantan dan juga ke Cameron Highland. Perjalanan ke Cameron Highland melalui Gua Musang agak besar dan lebih selamat. Sekiranya pada waktu lapang dan waktu orang bekerja, kami suka merehatkan minda ke Cameron Highland, pada waktu itu jalannya tidak sesak. Dari Simpang Pulai ke Brinchang mengambil masa 1 jam sahaja (75km). Berbeza jika anda menggunakan jalan lama di Tapah. Anda akan sampai ke Tanah Rata dahulu kemudian naik ke Brinchang. Manakala jalan baru ini anda sampai ke lokasi paling tinggi sekali dengan mudah. Sekiranya anda mahu menginap di Cameron Highland terutama sekali pada musim cuti sekolah, perayaan atau cuti umum sila booking hotel paling kurang seminggu awal. Pada waktu-waktu begini pelanggan yang tidak dapat menginap di Cameron Highland menghubungi homestay untuk menginap, bagaimanapun disebabkan "last minute call" homestay kami juga penuh. Jadi rancang percutian anda dan dari homestay kami pun anda boleh pergi ke Cameron Highlands balik hari. Sekian.













No comments: